Monday, June 27, 2011

Sekali Lagi

Kalau dulu...
Putrajaya - Johor

Tapi sekarang???
Johor - Perak(Lumut)

kami duduk berjauhan kembali...
kalau memang itu yang terbaik untuk kami dimasa hadapan..
dalam keterpaksaan kami merelakan..

baru enam bulan kami duduk sebumbung..
dan kini Mr. Azim dapat better offer from another company..
dulu masa aku pindah Johor dia dapat offer kat Pelabuhan Klang, dia tolak sebab aku baru je transfer ke Johor...

tapi kali nie dia dah tak boleh nak tolak sebab peluang nie sekali jer..
jadinya dalam tempoh masa yang tak sampai 24jam dia kena buat keputusan..
pagi pergi interview then petang tu dia terus diarah ke Lumut, Perak.
kenapa aku tak halang????
tak boleh.. tak boleh dan tak bolehh... sebab kerja yang dia dapat nie memang dah lama dia nak, dia dapat nie pun nasib kot.. mintak tolong kawan.
kenapa dia bersungguh-sungguh nak pergi???
sebabnya :
1. yang paling penting adalah basic salary yang di offer (kerja makan gaji kan... kena la fikir pasal nie dulu)
2. kerja yang lagi senang daripada yang dia kerja dulu, tak kotor sangat dan tak berjemur di bawah sinaran cahaya matahari... =)
3. dia nak cari pengalaman dan sijil dari company nie.. sebab company nie boleh dikatakan company yang besar dalam industry heavy Engineering.

jadinya.. walaupun jauh beribu-ribu batu, sebab-sebab diatas sangat kuat untuk kebaikan kehidupan kami dimasa hadapan..

Sekian.... =)

p/s: 6 bulan duduk sama aku tak pernah demam or selsema or batuk tapiiii.. baru 2 hari dia pergi aku dah demam... apakah??? =(

Thursday, June 16, 2011

Penantian satu Penyeksaan

Agak seksa kan bila kita menanti sesuatu??
kita akan sentiasa berfikir, fikir dan terus berfikir selagi benda atau perkara yang kita tunggu tu belum lepas.

Jadi samalah macam yang aku rasa sebelum nie..
haritu aku ada cerita aku ade dapat interview, so memang aku tak senang duduk la kan.
jadinya harinya adalah hari ini...
Masyallah... takut yang amat la sangat bila sampai kat dewan temuduga tu tadi... dengan calon yang ramai..
aku sampai nak kata awal tu tak lah awal sangat.. dalam pukul 7.30 gitu... dan aku dapat giliran ke-4. Okey la tu kan...

Everything semua okey, walaupun masa nak gerak dari Johor ke Putrajaya tu macam ada je masalah aku... hahahha...kelam kabut dibuatnya... tapi alhamdulillah... tak ada apa yang tertinggal..

study punya la macam nak ambik final exam...last-last apa yang aku study semua pegawai temuduga tu tak tanya...hahhahhaha.. just tanya yang basic je, tapi banyak tanya tentang perkhidmatan kerajaan la... speaking pun tak banyak... tak lama pun kat dalam bilik temuduga, dalam 15minit gitu la kot... then..terus balikk... =)

dan oleh kerana aku interview dekat Bangunan SPA dan selain SPA ada jugak SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) aku yang dah agak tua dan belum mendaftar sebagai pemilih lagi,jadi bila nampak dia ada bukak satu kauter untuk mendaftar so akupun daftar...ehhehehe..senang... dah tak payah nak pikir-pikir lagi..


*akhir sekali... semoga ada rezeki aku untuk jawatan ini... =) "berusaha, berdoa dan bertawakal"

Tuesday, June 7, 2011

Minum Petang : Kuih Keria

Buat pertama kalinya aku buat minum petang untuk aku dengan Mr. Azim..
sebab kami jarang kat rumah bersama-sama kalau hari cuti, selalunya kalau hari sabtu atau ahad Mr. Azim akan kerja dan aku akan balik kampung...

hari tu masa pergi Cameron mak den ado lah beli kan semua anak-anak dia keledek, dia beli kan walaupun aku pun ikut pergi.... jadi nya aku nak goreng tak sempat jadi masa hari cuti nie teringin la nak buat. Maka....terjadi la hasilnya... =)


 keledek yang telah direbus

First sekali rebus dulu keledeknya, lepas dah lembut tu terus lenyekkan sampai jadi macam tu.. aku guna anak lesung je, senang... 

lepas tu baru la letak tepung, kalau nak rasa keledek lebih kena la kurangkan tepung tu ye..
kadang-kadang kalau terlebih tepung pun boleh jadik keras kuih nie. So aku letak sedang-sedang jer..

 air garam

uli-uli sampai sebati
 lepas da rasa semua tu da sebati, baru la boleh bentuk-bentuk kan macam kuih donat, tapi jangan la besar-besar macam donat tu...comel-comel sudee...

panaskan minyak...pahtu terus goreng....

dah siap digoreng
 kelakar ek bentuknya??hahahhaha.. untuk yang pertama kali buat macam aku nie dah kira ok la kot..

lepas da goreng semua tu... masak gula dia pulak...
masuk kan gula dalam kuali yang dah panas then masuk kan air sikit, jangan banyak-banyak sangat nanti lambat...

tapi masa aku buat gula dia nie tak berapa nak jadik, sebab aku terletak air banyak sangat and aku malas nak tunggu gula tu masak. Maksud masak tu bila gula yang dah campur dengan air tu jadi likat ye, jadi likat sampai masa kita tarik keatas dia tak macam air, dia akan terus je terikut.

dan oleh kerana malas nak menunggu sebab masa tu tengah tengok cerita hindustani yang sangat best kan, rasa sayang je nak tinggal tv....jadikk... nie la hasilnyaa....hehehhehe..

taaraaaaa...............!!!!
kuih keria

tak berapa nak nampak gulanya, tapi bole la...
Mr. Azim kata sedap... kira okey la tu kan..
dan kebetulan aku siap je buat kuih nie, mak aku call kata nak datang rumah.. singgah kejap sebab dia dari Pontian so lalu Kulai.. dia nak singgah kejap...
dan Encik aku pun rasa kuih nie dia kata okey, cuma masalah gulanya sahaja..ehehhehe..
okey la tu...

Percubaan Pertama??? YEahhhh!! BERJAYA!! =)

Monday, June 6, 2011

kenapa tak merah???

Menu: Ayam Masak Merah

aikk??? kenapa tak merah??
Oleh kerana dah tak tahu nak masak apa, pada satu petang yang agak kelam kabut...
aku dengan rasa penuh confident teringin nak mencuba satu resepi baru dengan harapan resepi itu akan menjadi dengan sempurna...

Ayam masak merah kononnya la...
tapi...nak ko...sekali tak jadi merah...hahhahaha

tak merah pun okey jugak

actually lauk nie menjadi, cuma warna dia je tak merah... kerana:
1. Aku guna cili padi (ikut resepi kat tv and aku memang nak rasa pedas)
2. Masa nak masukkan sos tomato aku tengok sosnya tinggal sikit... aduhaiii...nak buat cano, campur jela dengan sos cili sikit..

tu la antara sebab-sebab kenapa lauk aku tak berapa nak merah, tapi rasanya??? sodappp!!! =)

Friday, June 3, 2011

Mimpi pelik

Alkisah di suatu malam..
suasana malam yang senyap dan sunyi..
sejuk dan tenteram..

aku tidur dengan sangat nyenyak tanpa sebarang gangguan..
tidur...tidur... dan tidurr...

sekalii...aku mimpi seseutu yang interesting la..
hahahhaha...
aku mimpi jumpa
dengan Kak Red @ Redmummy da...
lawak je ek??tak tahu nape boleh termimpi kak red, masa dalam mimpi tu aku jumpa dia n husband dia..

aku mimpi dia tengah candle light dinner ngn husbandnya itu...
wahhhh....tengah sedap-sedap mimpi tu, sekali alarm aku bunyi..
hahhahahah.. mimpi rupa-rupanya...
aku mimpi dia mungkin sebab siang tu aku dok tengok je koleksi-koleksi handbag dia kot... =)

Thursday, June 2, 2011

3 hari 2 malam

Kekeluargaan itu adalah satu Kebahagiaan... =)

Best rasanya bila hari cuti je kita pun pergi bercuti kan?? 
memang best tapi sediakan je lah $$$...

So, last week hari tu aku bawa emak dan encik(bapa) aku berjalan-jalan ke Putrajaya untuk berjumpa dengan anak-anaknya dan juga cucu-cucunya... mak aku sangat lah tidak sabar untuk kesana sampai demam-demam ko...sian makk...rindu sangat gamaknya dengan Putrajaya..eh??Putrajaya eh???hehehhe..

Oleh kerana sampai dah tengahari, memang lepak kat rumah jela lepas makan tengahari tu, then da petang baru lah pergi one of taman kat Putrajaya.... Orang tak ramai sebaaabbb........
ramai orang serbu 'Hari Sejuta Belia' tu kot sebabnya... kami malas la nak pergi sebab memang tak boleh bawak kereta,kena naik bas yang dia sediakan.... mak den pun da tak bape nak kuat berjalan. Beli goreng pisang, bawak bekal air kopi then lepak-lepak je. Pahtu malam tu plak Encik saya telah "membelanjakan" wangnya di Satay Kajang...hehehhehe...terbaeekkkk!!!


Balik makan tu memang semua da penat + perut dah kenyang... jadi malamnya tu memang dok rumah layan tv jer... dan yang pempuan2, siapkan bekalan untuk hari esok...
dan jadual esoknya adalah.... CAMERON HIGHLAND!!!!
nie je tempat yang kami rasa sesuai untuk bawak mak pak kami berjalan...sebab tempat lain cam tak best jer..
 Seawal pagi tu kitaorang dah gerak... konvoi 3 kereta...

"pinjam cik umie punye eh??" kakak said =)
Kami ikut highway dari Putrajaya tu terus je sampai Tapah...tak de ikut-ikut jalan dalam...tapi nasib baik jalan tak berapa nak sibuk sangat...
Masyallahhhh....jauhnyaaa rasa... rasanya dulu pernah pergi tak ada lah jauh macam nie, mungkin sebab masa tu kami dari Rawang kot, tu yang tak berapa nak rasa.
mengedik je dalam kete, boring kot..
Gerak pukul 7.30 pagi.... Sampai sana dalam pukul 11++  la kot..
aku nyaris nak muntah masa kereta "mendaki"  naik tu.... tapi nasib baik ok jer


orang memang ramai..biasa la kan, cuti sekolah...
cuaca yang agak panas
tapi kali nie aku pergi rasa macam tak berapa nak sejuk la.... panas je, lepas kitaorang semua turun sikit untuk minum teh barulah hujan turun. errrmmm..tak dapat nak merasa kesejukan diatas..
Dulu aku pergi...masyallahh..sejuk sangat..sampai anak sedara aku menggigil ko... mungkin sekarang memang kat semua tempat panas kot.

bapak saya sedikit kesemputan semasa berjalan...sian dia... =(
tapi makkk....maintainnn..okey lagi, cuma malam lepas jalan-jalan tu je dia agak kepenatan sikit.
tapi okey lagi la layan Mentor 5.

kelambakkan sayur-sayuran.


Strawberi yang tak boleh dipetik
plan ingat nak pergi petik strawberi, tapi oleh kerana masa yang tidak mengizinkan.... tak dapat la pergi.. just lalu jer..

gaya semuanya macam cari duit jer
Masa sampai-sampai je kat atas tu, abang ipar aku terus beli keledek rebus...
wahhhh..sedap gak makan keledek panas-panas kat sana, keledeknya pun manis...

rambang mata
kali nie pergi tak banyak beli strawberi pun, sebab memang dah tahu kalau bawak balik mesti keenakkannya tak sesedap makan kat atas nie, so aku beli then terus makan habiskan kat situ gak..

4 pasu 10 hengget
cantik-cantik koooo.... sikit lagi nak terbeli, tapi bila fikir-fikir kan balikk....adakah aku mampu nak menjaga???ooo...rasanya tidakk..jadi, cancel....

yang nie pulak 7 pasu RM10

keladi besau..



Aiskrim Strawberi
sedap sangat-sangat aiskrim ni... kami makan aiskrim malaysia tu, harganya RM1 satu.... mahal ek??
bayangkan la kalau kita aiskrim malaysia yang biasa tu baru 0.30sen kan?? tapiii... memang puas la sebab memang rasa strawberi sepenuhnya... dia blend pahtu tambah gula sikit kot, sebab manis kan. Aiskrimnya pun lembut.

"cepat pilih.. atuk belanja" atuk said =)

orang ramai...parking plak susah...
dulu masa aku pergi, line kuning tu dia belum buat lagi..so memang ramai yang parking kat tepi jalan tapi sekarang...siap ada polis trafik jaga lagi....silap parking jer..
Prrrittttt...prittt... hahahahha...


dah tak larat nak bercerita....layan je la gambar-gambar nie... =)















green tea
abang ipar aku kata rasa air nie macam air ketum...hahahhaha...



macam air 3 layer but ni pakai cream


teh tarik yang "menarik"
rasa macam herb sikit teh tarik nie.

teh "O"
tak pernah minum kat sini, masa naik dulu lalu jer tak singgah pun...
sekaliii....rasanya tak singgah lagi bagus kot... =)
and price untuk teh-teh kat sini pun agak mahal la..


Lepas lepak minum teh nie kami terus balik, singgah KL jap..makan-makan pahtu terus balik Putrajaya. akhirnyaa...tiba waktu malam semua dah pengsan, kepenatan...

Mr. Azim lagi best, ajak aku pergi Fun Fair(sempena cuti sekolah + Hari sejuta belia) malam tu tapiii... lepas maghrib dia terus tumbang sampai keesokkan harinya... melepas fun fair.. =)

Mak dan Encik saya sangat gumbira jadi kami juga sama gumbira...

(* _ *)