Thursday, October 27, 2011

Silaturrahim

Kita adalah bersaudara..
saudara sesama Islam.. kan?? =)

mcm 1 family ek???
sebenarnya nie masa kami berkunjung @ beraya di kampung kawan bapakku..
di Segamat..

actually my dad tak pernah atau kalau bole tak nak pergi rumah orang sampai kena tidur even rumah anak dia sendiri.. dia tak selesa katanya..

jadiknya masa dia tepon aku ajak g segamat aku cam okey je pahtu bila dia sambung ".... kita tidur sana sekali 1 malam... " ternganga aku kejap..
biar betul bapakku ini....

dia nak jumpa kawan lama dia masa muda-muda dulu... so tu yang dia excited sgt smpai nak tidur semalam kat sana.

... dan nasib baikla bukan aku yang kena drive. hehehhehe... agak jauh ya segamat dengan kota tinggi, jadikkk oleh kerana abangku ada, so dia lah yang drive dari kota sampai la ke segamat..

huaargghhhh.. penat yang hamat sebab tak jumpa jalan, jalan dah banyak berubah so mak pak aku dah keliru bila tengok jalan2 baru kat segamat tu..
Okey... setelah sekian lama berpusing-pusing kat segamat tu akhirnyaaa jumpa jugak kat tempat pertemuan yang ditetapkan... kawan encik saya kelihatan sangat sedih/ terharu ya bila dapat bertemu dengan kawan lama dia iaitu encik sya.... sempat berdrama.

Bermalam lah kami dirumah itu...








kami dah macam satu family kan?? even kenal 2 hari 1 malam sahaja...
ooo.. indahnya hidup bersaudara.. =)

Sunday, October 16, 2011

Pantai Desaru

satu diutara dan satu lagi di selatan. =)

Semenjak aku dok menbujang di Kulai nie, masa cuti aku hanya terisi dengan balik kampung SAHAJA!! tiap2 minggu aku akan balik kampung dan menghabiskan masa dengan berjimba-jimba dengan adik aku yang bongsu n mak pak aku...

memang hampir tetiap minggu, kalau aku balik kampung mesti ada pergi mana-manaa... paling tidak pun Bandar Kota Tinggi...

dan last week aku g Pantai Desaru.. bukan nak berkelah or bermandi-manda.. tpi sekadar berjalan-jalan amik angin walaupun angin kat badan memang dah banyak... hehhehe..

tapi pergi kejap je sebab bapakku mahu melihat itu jambatan baru...
posing2 jap





selamanayaa!!!

sayang mereka!!

Friday, October 7, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Masa yang mengejar kita

6.30 pagi : bangun, jalankan tanggungjawab, gosok baju, main dengan Hadif Hafiy, mandi dannnn

7.55 pagi : pergi keje.. masuk pukul 8, perjalanan menaiki kereta cuma 3minit je jadinya ngam-ngam aku punch card msti pukul 8... hahahhahah..

sejak akhir-akhir nie rasa macam masa mengejar aku je... masuk kerja pukul lapan...
buat kerja + break1st + membebel-bebel sikit + sok sek sok sek sikit = kejap je dah pukul 1... then rehat..

naik keje semula pukul 2, sambung-sambung keje sikit... layan tenet...blaa.. blaaa... blaa.. blaa...

ehhh... tgk jam da pukul 5??? kenapa cepat sangat nie... huaargggghhhh..

jadi.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
masa yang sangat berharga..

*jadi itulah sebabnya tak cukup masa nak meluahkan segalanya disini lagi... =(

Friday, September 2, 2011

Hitam itu menawan

Raya tahun nie.. 2011
serba hitam..
kalau tahun lepas kami berbaju purple
tahun nie pakai baju hitam semua...
cantik gak color nie..

baik punya setting
bermaaf-maafan itu agenda PENTING!!
men first

selepas berfeeling-feeling.


bujang-bujangan






menjamu selera.. part paling aku minat.. =)

"banggg.. sabar ye bangg... " =)

dahhh.. tu je..
actually bnyak lagi gambar2nya..
tapi kemalasan mengatasi segala-galanya.. hehehhe

*tahun depan nak wat color putih plak.. pasti nya nampak suci dan murni... =)

Friday, August 19, 2011

Aiskrim Coklat

Yeaahhh!!!
akhirnya tercapai gak hasrat nak buat aiskrim sendiri,
buatan sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang simple.

baru keluar dari freezer


hanya gunakan coffee mate and susu full krim perasa coklat je.. =)

Monday, August 15, 2011

Rezeki di bulan Ramadhan

Alhamdulillah...
syukur sangat-sangat bila perdana menteri peka pada Penjawat Awam.

bayaran minimum adalah RM500!!
tapiiiiii.....

kenapa saya tak dapat jumlah minimum itu???
setelah dikaji dan dibincang2 bersama kawan-kawan rupanya-rupanya duit RM500 tu kena tolak dengan KWSP, 11%...
oooo.. sadisnya... =) lari sikit duit budjet...
apakan daya.. da dapat pun kira bersyukurkan?? daripada yang tak dapat lansung tu..

sekadar meluahkan.. tiadak kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa..

(^ _ ^) PEace!!!

Saturday, August 13, 2011

Kenapa jejari buncit???

Kenapa nama blog saya jejari buncit???

sebab jari saya memang buncit... tak runcing...hehehhe

actually, secara jujurnya(ayat skema tak hengat) saya mendapat idea adalah dari sebuah blog lain.. dulu nama blog saya laen ye... saya baca-baca blog dia, then jadik cam minat plak dengan cerita-cerita dan cara penulisan dia... so nama blog dia adalahhhh... jejariruncing.blogspot.com hehehhehe..
sebab jari dia memang runcing so masa aku baca-baca blog dia tu.. aku pun terpandang jari aku nie ha..
halamak aiiii.. sekali tak bape nak runcing la pulokk.. hahhahaha

makanya.. terhasil la jejari buncit lawan bagi jejari runcing..

bukti jari saya tak runcing tapi buncit.. =)
nak lagi bukti??? ha tengok kat bawah nie pulak....

hahahahhaha
so macam mana?? cukup buncit tak jari jemari aku....

mungkin sebab dulu-dulu jari aku macam nie kot

Sekian dari jejari yang buncit tak runcing... =)

Wednesday, August 10, 2011

Menu 2 : Popia Daging

Jom main masak-masak lagi..
hari tu aku ada cerita aku masak

ikan cencaru kukus

Bakso Malaysia =)

dan baru-baru nie.. aku buat POPIA DAGING
bulan-bulan puasa nie kan, kalau kita nak beli macam tak berbaloi kan?? baik la kita buat sendiri.. pastinya Berbaloi-baloi..
yelah kalau kita beli kat area kawasan rumah aku nie singgit baru la dapat 3 or 4(depends pada penjual) pahtu intinya pulakkk... waduhh.. waduhh... sakit mata, sakit hati tengok tu belum kira rasanya lagi kan?? lagi-lagi bulan puasa ramai peniaga yang fikir untung je... tak fikir sedap ke tak benda yang mereka jual tu. Tapi memang la tak semua. =)

Bahan-bahan yang ku guna semuanya yang simple-simple je.
Daging cincang
Taugeh
Lobak Merah
dan yang paling penting harus la kulit popianya kan?? =)

Mula-mula daging cincang tu aku goreng dulu dengan bawang yang dah potong dadu
then taugeh dan carrot tu aku celur kejap je sebab nak rangup-rangup sikit.

letak intinya kat atas kulit popia tu
gulung-gulung (pic agak gelap sebab malas nak setting.. hehheheh)
antara yang dah siap digulung
dan hasilnya???..... =)

makan puas-puas
dengan hanya modal yang kurang dari RM10, aku dapat sediakan banyak popia nie and kulit popia tu pun bnyak lagi bakinya yang masih boleh buat lagi.. dan intinya sangat puas dimakan.

Selamat mencuba!!!


Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah sebab sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia ini..
semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya..

Selamat Berpuasa Semua!!!


Saturday, July 23, 2011

Kek Coklat boleh dipelbagaikan

Aku suka kek coklat.. suka sangat-sangat..
sebab dia sedap dan enak..

hari tu ada beli 1/2 kilo kek coklat
keknya sebenarnya sekilo tapi oleh kerana aku dok sorang kan so tak kuasa la aku nak makan sekilo tu sensorang jadinya.. aku divide 2 dengan my freind...

sekali makan... sedap..
makan lagi.. sedap jugak..
makan... makan dan makan...
sekali tengok tak abis-abis keknya walaupun hanya beli setengah kilo je..
walaupun adik n adik iparku makan sekali kadang-kadang..

last-last...
da tinggal lagi sikit tu.. tetibe keluar satu idea(cam berlampu sikit kat atas kepala) =)
Blinnnggg!!! cairkan coklat!!!
baki yang telah dipotong sikit-sikit jadikkan petak
oleh kerana dah tinggal sikit nie dah malas nak simpan, makanya...
cairkan la coklat untuk "dimandikan" diatas baki kek itu..

so sementara nak tunggu coklat dicairkan aku tabur kacang tumbuk sikit kat atas kek nie.. baru la cam best sikit.. =)

 sekali masa cairkan coklat tu salah teknik la pulokkk...
hahahhahaha.. dekat 1 jam jugak menunggu sebab dah tersalah kan...
coklat tak nak cair!!! geram sungguh hamba...
last-last aku dah rasa malas dan muak nak tunggu coklat tu yang degil tak nak cair, aku pun tuang jelah kat atas coklat tu..
lantokk la.. janji rasa coklat.. ye dok??? =)

ready to eat
aku makan sikit je, masa tengok tu cam sedap je nak makan sekali dah siap terus hilang selera (mungkin sebab kecewa coklat tak nak cair kot)

makanya... habis la semua kek coklat yang hanya setengah kilo aku beli... =)

p/s: tak habis sebab kek nya kureng sket la..kureng melekittt...=(

Thursday, July 21, 2011

Bukan Tak Nak..... Tapi.....

"ANAK"

Hari nie : " We have been Married for 1 years 3 months 2 weeks & 3 days "

rezeki dari tuhan.. kita tak ada kuasa untuk menpercepat atau melambat-lambatkan sesuatu yang tuhan telah rancangkan untuk kita.

pastinya semua orang yang dah berumahtangga nak anak kan?? dan termasuk jugak aku..
tapi.... rezeki untuk saya masih belum ada.

akan terus berusaha.. usaha.. dan usaha...
buat yang terbaik, berdoa kepada Allah dan bertawakal.

Agak tension bila orang-orang sibuk bertanya soalan-soalan yang sama.. walaupun baru setahun berkahwin.
tapi.... menjawab dengan muka tersenyum.. =)

p/s : sebenarnya pada hakikatnya bagi sesetengah orang yang dah lama mendambakan anak yang dikandungkan sendiri, soalan-soalan tentang ini agak sensitif dan amat menyakitkan.

Wednesday, July 20, 2011

Bakso Ila


Masakan paling senang nak masak..
percubaan kali pertama...
boleh dikatakan 99% jadik...
cuma terpedas sangat jer...

Antara bahan-bahan yag aku guna:

pastiknya halal

pastinya segar!!

pastikan basuh dan rendam dengan air panas dahulu

dan Pasti Sedap!!! dengan pati ayam maggi... =)
semuanya direbus ya.. tiada tumis-tumis... =)



dan hasilnyaaa......
taraaaa,...
-

-

-

-

-

-

-

-

terpaksa guna mee kuning sebab tak beli bihun.. mee kuning pon sodapp...

Saturday, July 16, 2011

Diet 1

kenapa kena diet??
sebab... bukan sahaja untuk kelihatan cantik menarik dan tertarik...
tapi juga untuk kesihatan tubuh badan kita (eh??betul kan??)

jadi... meh nak share sikit info tentang Pyramid Food nie..

Pyramid food
aku tahu mesti ramai yang dah tahu and dah jelas pasal pyramid food nie (atau dalam bahasa melayunya ialah Piramid pemakanan).

jadikk... tak payah cerita kot,
semua kalau tengok mesti akan paham kan??
hehhehhe...

Sekian...
semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan...

p/s: untuk sihat bukan pemakanan je kena jaga, senam pun kena buat jugak...
(pesanan untuk diri sendiri juga.. =))