Tuesday, June 7, 2011

Minum Petang : Kuih Keria

Buat pertama kalinya aku buat minum petang untuk aku dengan Mr. Azim..
sebab kami jarang kat rumah bersama-sama kalau hari cuti, selalunya kalau hari sabtu atau ahad Mr. Azim akan kerja dan aku akan balik kampung...

hari tu masa pergi Cameron mak den ado lah beli kan semua anak-anak dia keledek, dia beli kan walaupun aku pun ikut pergi.... jadi nya aku nak goreng tak sempat jadi masa hari cuti nie teringin la nak buat. Maka....terjadi la hasilnya... =)


 keledek yang telah direbus

First sekali rebus dulu keledeknya, lepas dah lembut tu terus lenyekkan sampai jadi macam tu.. aku guna anak lesung je, senang... 

lepas tu baru la letak tepung, kalau nak rasa keledek lebih kena la kurangkan tepung tu ye..
kadang-kadang kalau terlebih tepung pun boleh jadik keras kuih nie. So aku letak sedang-sedang jer..

 air garam

uli-uli sampai sebati
 lepas da rasa semua tu da sebati, baru la boleh bentuk-bentuk kan macam kuih donat, tapi jangan la besar-besar macam donat tu...comel-comel sudee...

panaskan minyak...pahtu terus goreng....

dah siap digoreng
 kelakar ek bentuknya??hahahhaha.. untuk yang pertama kali buat macam aku nie dah kira ok la kot..

lepas da goreng semua tu... masak gula dia pulak...
masuk kan gula dalam kuali yang dah panas then masuk kan air sikit, jangan banyak-banyak sangat nanti lambat...

tapi masa aku buat gula dia nie tak berapa nak jadik, sebab aku terletak air banyak sangat and aku malas nak tunggu gula tu masak. Maksud masak tu bila gula yang dah campur dengan air tu jadi likat ye, jadi likat sampai masa kita tarik keatas dia tak macam air, dia akan terus je terikut.

dan oleh kerana malas nak menunggu sebab masa tu tengah tengok cerita hindustani yang sangat best kan, rasa sayang je nak tinggal tv....jadikk... nie la hasilnyaa....hehehhehe..

taaraaaaa...............!!!!
kuih keria

tak berapa nak nampak gulanya, tapi bole la...
Mr. Azim kata sedap... kira okey la tu kan..
dan kebetulan aku siap je buat kuih nie, mak aku call kata nak datang rumah.. singgah kejap sebab dia dari Pontian so lalu Kulai.. dia nak singgah kejap...
dan Encik aku pun rasa kuih nie dia kata okey, cuma masalah gulanya sahaja..ehehhehe..
okey la tu...

Percubaan Pertama??? YEahhhh!! BERJAYA!! =)

No comments: