Thursday, October 27, 2011

Silaturrahim

Kita adalah bersaudara..
saudara sesama Islam.. kan?? =)

mcm 1 family ek???
sebenarnya nie masa kami berkunjung @ beraya di kampung kawan bapakku..
di Segamat..

actually my dad tak pernah atau kalau bole tak nak pergi rumah orang sampai kena tidur even rumah anak dia sendiri.. dia tak selesa katanya..

jadiknya masa dia tepon aku ajak g segamat aku cam okey je pahtu bila dia sambung ".... kita tidur sana sekali 1 malam... " ternganga aku kejap..
biar betul bapakku ini....

dia nak jumpa kawan lama dia masa muda-muda dulu... so tu yang dia excited sgt smpai nak tidur semalam kat sana.

... dan nasib baikla bukan aku yang kena drive. hehehhehe... agak jauh ya segamat dengan kota tinggi, jadikkk oleh kerana abangku ada, so dia lah yang drive dari kota sampai la ke segamat..

huaargghhhh.. penat yang hamat sebab tak jumpa jalan, jalan dah banyak berubah so mak pak aku dah keliru bila tengok jalan2 baru kat segamat tu..
Okey... setelah sekian lama berpusing-pusing kat segamat tu akhirnyaaa jumpa jugak kat tempat pertemuan yang ditetapkan... kawan encik saya kelihatan sangat sedih/ terharu ya bila dapat bertemu dengan kawan lama dia iaitu encik sya.... sempat berdrama.

Bermalam lah kami dirumah itu...








kami dah macam satu family kan?? even kenal 2 hari 1 malam sahaja...
ooo.. indahnya hidup bersaudara.. =)

Sunday, October 16, 2011

Pantai Desaru

satu diutara dan satu lagi di selatan. =)

Semenjak aku dok menbujang di Kulai nie, masa cuti aku hanya terisi dengan balik kampung SAHAJA!! tiap2 minggu aku akan balik kampung dan menghabiskan masa dengan berjimba-jimba dengan adik aku yang bongsu n mak pak aku...

memang hampir tetiap minggu, kalau aku balik kampung mesti ada pergi mana-manaa... paling tidak pun Bandar Kota Tinggi...

dan last week aku g Pantai Desaru.. bukan nak berkelah or bermandi-manda.. tpi sekadar berjalan-jalan amik angin walaupun angin kat badan memang dah banyak... hehhehe..

tapi pergi kejap je sebab bapakku mahu melihat itu jambatan baru...
posing2 jap





selamanayaa!!!

sayang mereka!!

Friday, October 7, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Masa yang mengejar kita

6.30 pagi : bangun, jalankan tanggungjawab, gosok baju, main dengan Hadif Hafiy, mandi dannnn

7.55 pagi : pergi keje.. masuk pukul 8, perjalanan menaiki kereta cuma 3minit je jadinya ngam-ngam aku punch card msti pukul 8... hahahhahah..

sejak akhir-akhir nie rasa macam masa mengejar aku je... masuk kerja pukul lapan...
buat kerja + break1st + membebel-bebel sikit + sok sek sok sek sikit = kejap je dah pukul 1... then rehat..

naik keje semula pukul 2, sambung-sambung keje sikit... layan tenet...blaa.. blaaa... blaa.. blaa...

ehhh... tgk jam da pukul 5??? kenapa cepat sangat nie... huaargggghhhh..

jadi.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
masa yang sangat berharga..

*jadi itulah sebabnya tak cukup masa nak meluahkan segalanya disini lagi... =(