Monday, May 16, 2011

Semua nak Auto jer!!

Sekarang ni kan kalau kita tengok banyak benda dah senang..
banyak kerja-kerja yang dulunya kena buat dengan kudrat-kudrat kita yang sedia ada kini boleh di'settle'kan hanya dengan menggunakan mesin @ robot.

Antaranya adalah :-

Mesin basuh baju
Mesin basuh pinggan
Coffee Maker
rasanya mesin mop lantai pun ada mesin kan?
dan banyak lagi la..

basuh kereta secara auto pun ada kan?? benda nie mungkin da lama...tapi aku baru je jumpa da menggunakannya sekali.....maksudnya gunakan servis mesin tu la..

agak menarik jugak la bila aku yang kali pertama mencuba
so, kita duduk kat dalam kereta diam-diam tanpa menekan brek ataupun minyak...
kereta akan berjalan dengan sendirinya.... untuk aku yang tak pernah nampak dan tak pernah mencuba tu rasa macam pelik dan happy la masa duduk dalam kereta masa tu....hahhahah..

settle..
kejap je mesin nie basuh... tak sempat aku nak mengamiti detik-detik dalam kereta..
oleh kerana kedai yang aku pergi nie baru bukak, jadi dia bagi harga promosi..
kalau masuk untuk cuci guna mesin nie jer bayar seringgit. Tapi hari tu aku lalu balik kedai tu da naek da regenyer... sekali  masuk RM4. okey la kot harga nie,sebab boleh tahan gak bersihnya..

So lepas nie,basuh kat sini je la.. tak payah aku nak tunggu kat luar kereta atau dalam kedai kalau pergi cuci kereta. huhuhuhuh...

No comments: