Friday, July 15, 2011

Menu 1 : Ikan Cencaru Kukus

Tajuk pendek je ek??

hari tu oleh kerana konon-kononnya tak nak makan nasi, dan dengan tetibe terbayang ikan cencaru yang segar... alangkah sedapnya...... kalau di..............KUKUS!!!.. waaahhh..

Ikan Cencaru Kukus.

2 ekor ikan cencaru yang segar.
10 biji limau sambal
3 biji bawang kecil
3inch halia (eh, halia pkai inch ke??hahah.. belasah je la)
1 mangkuk kecik kicap
3 biji lada kecil

mula-mula kukus dulu ikan cencaru tu.. tapi dekat belahan perut ikan tu aku letak halia yang dah dipotong-potong sket(supaya tak rasa hanyir) pahtu perahkan limau sekali.

kukus dapat periuk nasi jer
 untuk air dikukus tu plak aku letak sikit halia + bawang + asam jawa.

aku kukus dalam 15 ke 20 minit gitu...
then... nia la jadiknya...
setelah dikukus
pencecah
waaahhhh... menarik dan tertarik
alhamdulillahhh... nikmatnyaaaa... =)
ehhhh?? mana semua tulang-tulangnya?? tinggal kepala jer??
hahahhahahha.... tidaklah aku telan tulang temulang tu semua..
masa makan tu asingkan terus semua tulang-tulangnya... senang sikit nak makan dan tidaklah aku termakan tulang.

sedap juga makan tanpa nasi... =)

p/s : lepas nie kalau boleh nak teruskn makan makanan yg berkukus. =)

No comments: