Tuesday, October 21, 2014

Resepi Mudah : Kek Span Coklat Budjet

Assalammualaikum...
dan salam sejahtera..

Jommm.... buat kek span paling mudah dan cepat..
Tak banyak bahan yang diperlukan, dan caranya juga tak sampai 10 langkah..
of course aku dah cuba, sebab tu  aku nak share dengan korang-korang semua..

Bahan-bahan :
5 biji telur (Gred A)
150g Tepung kek/ Gandum
150g Gula kastor
11/2sd Ovellet
50ml air
50ml minyak
1sd coklat emulco@ coklat paste

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali minyak, air dan coklat emulco. Pukul pada speed maksimum, tapi masa awal-awal jangan la terus speed.. nanti berterabur pulak tepung di dapur anda.. heheheh
Pukul sampai gebu + kembang.

2. Lepas dah kembang tu boleh la masukkan air + coklat emulco, pukul seketika.

3. Masukkan minyak, kaup-kaup gunakan spatula sahaja smpai minyaknya sebati gitu.

4. Alas dasar loyang saiz 8@9 inci dengan kertas minyak, tuang adunan dan masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 15minit.

5. Suhu 160 darjah celcius, api atas dan bawah selama 30 minit ( depends pada oven korang sebenarnya.. agak-agak je la yerr.. )

6. Lepas kek dah masak, sisipkan tepi loyang dan sejukkan atas redai. Kek Boleh dipotong lepas dah sejuk yee.. jangan masa panas tu korang potong pulakk..

ok.. sekian.. senang kan??
Aku pun buat 2 kali baru jadik kot...
tak pe... practice make perfect kan???

bancuhan pertama kali, terlebih coklat emulco

untuk kedua kalinya.. yesss. baru jadik

sedapppp.... lembuttt.. gebuss gebasss

ok dahhh...
Selamat Mencuba ualsss...

No comments: