Wednesday, October 8, 2014

Majlis Aqiqah Nur Aina Marissa

Assalammualaikum...
dan salam sejahtera semua..

Masih belum  terlewat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua... =)

Hari raya pertama raya korban haritu.. my adik yang paling bongsu buat Aqiqah untuk anak perempuan dia yang baru lahir 16/09 haritu...

Dia memang nak buat time raya korban sebab kitaorang adik beradik semua balik.. so senang nak tolong-tolong merewang. Nasib baik laa adik beradik iallss ramai koooo... kalau tidakkk... mahu fengsan dibuatnya kalau "kakitangan" tak cukup.. kan??

Memang penat sikit kali nie sebab nak kena masak dua kali la kan?? masak untuk lauk-lauk raya untuk makan pagi raya then tengahari tu kitaorang da start bekerja masak lauk untuk majlis aqiqah untuk malamnya pulak, lepas maghrib majlisnya...

Family aku memang dari dulu.. dulu.. dulu takde istilah potong jambul.. karut.. dan membazir... betul tak??
So majlis aqiqah tu cuma majlis bacaan doa selamat je.. lepas bacaan doa selamat, makan dan majlis tamat. Senang kan?? buat apa nak diberatkan benda-benda yang senang dan mudah... jimat masa, tenaga dan yang paling best mestilah jimat duit... hehhehehe..

kambing yang seekor..
 Anak perempuan aqiqah seekor kambing.. so tu yang dalam periuk tu untuk seekor kambing, untuk majlis kalinya takde upah-upah orang masak sebab my kakak and abang ipar yang kat melaka volunteer nak masakkan segala lauk pauk..

kak adah
okey... nie la tukang masak untuk majlis Aqiqah nie...
dia dengan suami dia memang pandai masak dan masak sedap...

makkkk... kupas labu
menu yang simple je untuk malam tu...
- Kambing masak manis
- Labu masak lemak putih campur kacang
- Ayam masak merah
 

yang wedok(lelaki) idaman malaya kupas bawang

Memang tugas kupas mengupas dan siang-siang ayam kita serahkan kepada yang lebih gagah...
apa guna kan ada ramai menantu lelaki.. tu semua menantu-menantu kecuali yang pakai baju putih tu abang aku yang masih bujang trangg tanggg.. tangg...

tuan besar
hehehheheh... tuan besar dalam itu rumah...
memantau je dari jauh...

Add caption
Operasi masukkan telur dalam bunga telur... sepahar je buatnya.. tak banyak pun. Untuk dalam lebih kurang 50 orang je.
yang anak-anak sedara tu tumpang sibuk-sibuk..




okey... gambar lasttt...



taraaaaa......
Yang dirai...

Nur Aina Marissa bin Mohamad Suhaime
We lebiu aina marrissa...

No comments: