Saturday, July 23, 2011

Kek Coklat boleh dipelbagaikan

Aku suka kek coklat.. suka sangat-sangat..
sebab dia sedap dan enak..

hari tu ada beli 1/2 kilo kek coklat
keknya sebenarnya sekilo tapi oleh kerana aku dok sorang kan so tak kuasa la aku nak makan sekilo tu sensorang jadinya.. aku divide 2 dengan my freind...

sekali makan... sedap..
makan lagi.. sedap jugak..
makan... makan dan makan...
sekali tengok tak abis-abis keknya walaupun hanya beli setengah kilo je..
walaupun adik n adik iparku makan sekali kadang-kadang..

last-last...
da tinggal lagi sikit tu.. tetibe keluar satu idea(cam berlampu sikit kat atas kepala) =)
Blinnnggg!!! cairkan coklat!!!
baki yang telah dipotong sikit-sikit jadikkan petak
oleh kerana dah tinggal sikit nie dah malas nak simpan, makanya...
cairkan la coklat untuk "dimandikan" diatas baki kek itu..

so sementara nak tunggu coklat dicairkan aku tabur kacang tumbuk sikit kat atas kek nie.. baru la cam best sikit.. =)

 sekali masa cairkan coklat tu salah teknik la pulokkk...
hahahhahaha.. dekat 1 jam jugak menunggu sebab dah tersalah kan...
coklat tak nak cair!!! geram sungguh hamba...
last-last aku dah rasa malas dan muak nak tunggu coklat tu yang degil tak nak cair, aku pun tuang jelah kat atas coklat tu..
lantokk la.. janji rasa coklat.. ye dok??? =)

ready to eat
aku makan sikit je, masa tengok tu cam sedap je nak makan sekali dah siap terus hilang selera (mungkin sebab kecewa coklat tak nak cair kot)

makanya... habis la semua kek coklat yang hanya setengah kilo aku beli... =)

p/s: tak habis sebab kek nya kureng sket la..kureng melekittt...=(

Thursday, July 21, 2011

Bukan Tak Nak..... Tapi.....

"ANAK"

Hari nie : " We have been Married for 1 years 3 months 2 weeks & 3 days "

rezeki dari tuhan.. kita tak ada kuasa untuk menpercepat atau melambat-lambatkan sesuatu yang tuhan telah rancangkan untuk kita.

pastinya semua orang yang dah berumahtangga nak anak kan?? dan termasuk jugak aku..
tapi.... rezeki untuk saya masih belum ada.

akan terus berusaha.. usaha.. dan usaha...
buat yang terbaik, berdoa kepada Allah dan bertawakal.

Agak tension bila orang-orang sibuk bertanya soalan-soalan yang sama.. walaupun baru setahun berkahwin.
tapi.... menjawab dengan muka tersenyum.. =)

p/s : sebenarnya pada hakikatnya bagi sesetengah orang yang dah lama mendambakan anak yang dikandungkan sendiri, soalan-soalan tentang ini agak sensitif dan amat menyakitkan.

Wednesday, July 20, 2011

Bakso Ila


Masakan paling senang nak masak..
percubaan kali pertama...
boleh dikatakan 99% jadik...
cuma terpedas sangat jer...

Antara bahan-bahan yag aku guna:

pastiknya halal

pastinya segar!!

pastikan basuh dan rendam dengan air panas dahulu

dan Pasti Sedap!!! dengan pati ayam maggi... =)
semuanya direbus ya.. tiada tumis-tumis... =)



dan hasilnyaaa......
taraaaa,...
-

-

-

-

-

-

-

-

terpaksa guna mee kuning sebab tak beli bihun.. mee kuning pon sodapp...

Saturday, July 16, 2011

Diet 1

kenapa kena diet??
sebab... bukan sahaja untuk kelihatan cantik menarik dan tertarik...
tapi juga untuk kesihatan tubuh badan kita (eh??betul kan??)

jadi... meh nak share sikit info tentang Pyramid Food nie..

Pyramid food
aku tahu mesti ramai yang dah tahu and dah jelas pasal pyramid food nie (atau dalam bahasa melayunya ialah Piramid pemakanan).

jadikk... tak payah cerita kot,
semua kalau tengok mesti akan paham kan??
hehhehhe...

Sekian...
semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan...

p/s: untuk sihat bukan pemakanan je kena jaga, senam pun kena buat jugak...
(pesanan untuk diri sendiri juga.. =))

Friday, July 15, 2011

Menu 1 : Ikan Cencaru Kukus

Tajuk pendek je ek??

hari tu oleh kerana konon-kononnya tak nak makan nasi, dan dengan tetibe terbayang ikan cencaru yang segar... alangkah sedapnya...... kalau di..............KUKUS!!!.. waaahhh..

Ikan Cencaru Kukus.

2 ekor ikan cencaru yang segar.
10 biji limau sambal
3 biji bawang kecil
3inch halia (eh, halia pkai inch ke??hahah.. belasah je la)
1 mangkuk kecik kicap
3 biji lada kecil

mula-mula kukus dulu ikan cencaru tu.. tapi dekat belahan perut ikan tu aku letak halia yang dah dipotong-potong sket(supaya tak rasa hanyir) pahtu perahkan limau sekali.

kukus dapat periuk nasi jer
 untuk air dikukus tu plak aku letak sikit halia + bawang + asam jawa.

aku kukus dalam 15 ke 20 minit gitu...
then... nia la jadiknya...
setelah dikukus
pencecah
waaahhhh... menarik dan tertarik
alhamdulillahhh... nikmatnyaaaa... =)
ehhhh?? mana semua tulang-tulangnya?? tinggal kepala jer??
hahahhahahha.... tidaklah aku telan tulang temulang tu semua..
masa makan tu asingkan terus semua tulang-tulangnya... senang sikit nak makan dan tidaklah aku termakan tulang.

sedap juga makan tanpa nasi... =)

p/s : lepas nie kalau boleh nak teruskn makan makanan yg berkukus. =)

Thursday, July 14, 2011

I SAY NO!!!

"Saya nak badan yang macam nie....... "


"..... dan saya tak nak yang macam nie... "



hehhehehehh... kelakor ek gambo cartoon tu...
tapi comel pun ada...

saje je gambar tu dijadikan contoh...
sebenarnya nak kata....


say no kepada apa??
kepada -------------------------->
 apa tu?? nasi ek??
tapi... boleh ke??
insyallahhh... mungkin bole...
sebab Mr. Azim pun da tak ada jadi aku dah tak payah nak masak dannnnn bilatak payah nak masak memang beras tu tak akan terusik la..
cuma dugaan dtg tu bila kat tempat kerja jer..
semoga saya kuat!!!


p/s : kredit pic.. yahoo.com

Thursday, July 7, 2011

Dont be sad

Jangan Bersedih...
tapi kenapa aku selalu sedih..
adoyaiii... sejak dua menjak nie hati nie rasa macam lembut sangat..
termenung sikit nak nangis.. duduk sorang nangis.. nak tidur pun nak nangis..
cam budak-budak plak...

Monday, July 4, 2011

Beribu Sesalan

Suka lagu nie...
tak ada kena mengena pun dengan aku..
tapi layan cite "Annissa" kat TV3.. dengar lagu nie cam best jer..
layannnn...






 Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku