Tuesday, October 21, 2014

Resepi Mudah : Kek Span Coklat Budjet

Assalammualaikum...
dan salam sejahtera..

Jommm.... buat kek span paling mudah dan cepat..
Tak banyak bahan yang diperlukan, dan caranya juga tak sampai 10 langkah..
of course aku dah cuba, sebab tu  aku nak share dengan korang-korang semua..

Bahan-bahan :
5 biji telur (Gred A)
150g Tepung kek/ Gandum
150g Gula kastor
11/2sd Ovellet
50ml air
50ml minyak
1sd coklat emulco@ coklat paste

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali minyak, air dan coklat emulco. Pukul pada speed maksimum, tapi masa awal-awal jangan la terus speed.. nanti berterabur pulak tepung di dapur anda.. heheheh
Pukul sampai gebu + kembang.

2. Lepas dah kembang tu boleh la masukkan air + coklat emulco, pukul seketika.

3. Masukkan minyak, kaup-kaup gunakan spatula sahaja smpai minyaknya sebati gitu.

4. Alas dasar loyang saiz 8@9 inci dengan kertas minyak, tuang adunan dan masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 15minit.

5. Suhu 160 darjah celcius, api atas dan bawah selama 30 minit ( depends pada oven korang sebenarnya.. agak-agak je la yerr.. )

6. Lepas kek dah masak, sisipkan tepi loyang dan sejukkan atas redai. Kek Boleh dipotong lepas dah sejuk yee.. jangan masa panas tu korang potong pulakk..

ok.. sekian.. senang kan??
Aku pun buat 2 kali baru jadik kot...
tak pe... practice make perfect kan???

bancuhan pertama kali, terlebih coklat emulco

untuk kedua kalinya.. yesss. baru jadik

sedapppp.... lembuttt.. gebuss gebasss

ok dahhh...
Selamat Mencuba ualsss...

Wednesday, October 8, 2014

Majlis Aqiqah Nur Aina Marissa

Assalammualaikum...
dan salam sejahtera semua..

Masih belum  terlewat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua... =)

Hari raya pertama raya korban haritu.. my adik yang paling bongsu buat Aqiqah untuk anak perempuan dia yang baru lahir 16/09 haritu...

Dia memang nak buat time raya korban sebab kitaorang adik beradik semua balik.. so senang nak tolong-tolong merewang. Nasib baik laa adik beradik iallss ramai koooo... kalau tidakkk... mahu fengsan dibuatnya kalau "kakitangan" tak cukup.. kan??

Memang penat sikit kali nie sebab nak kena masak dua kali la kan?? masak untuk lauk-lauk raya untuk makan pagi raya then tengahari tu kitaorang da start bekerja masak lauk untuk majlis aqiqah untuk malamnya pulak, lepas maghrib majlisnya...

Family aku memang dari dulu.. dulu.. dulu takde istilah potong jambul.. karut.. dan membazir... betul tak??
So majlis aqiqah tu cuma majlis bacaan doa selamat je.. lepas bacaan doa selamat, makan dan majlis tamat. Senang kan?? buat apa nak diberatkan benda-benda yang senang dan mudah... jimat masa, tenaga dan yang paling best mestilah jimat duit... hehhehehe..

kambing yang seekor..
 Anak perempuan aqiqah seekor kambing.. so tu yang dalam periuk tu untuk seekor kambing, untuk majlis kalinya takde upah-upah orang masak sebab my kakak and abang ipar yang kat melaka volunteer nak masakkan segala lauk pauk..

kak adah
okey... nie la tukang masak untuk majlis Aqiqah nie...
dia dengan suami dia memang pandai masak dan masak sedap...

makkkk... kupas labu
menu yang simple je untuk malam tu...
- Kambing masak manis
- Labu masak lemak putih campur kacang
- Ayam masak merah
 

yang wedok(lelaki) idaman malaya kupas bawang

Memang tugas kupas mengupas dan siang-siang ayam kita serahkan kepada yang lebih gagah...
apa guna kan ada ramai menantu lelaki.. tu semua menantu-menantu kecuali yang pakai baju putih tu abang aku yang masih bujang trangg tanggg.. tangg...

tuan besar
hehehheheh... tuan besar dalam itu rumah...
memantau je dari jauh...

Add caption
Operasi masukkan telur dalam bunga telur... sepahar je buatnya.. tak banyak pun. Untuk dalam lebih kurang 50 orang je.
yang anak-anak sedara tu tumpang sibuk-sibuk..




okey... gambar lasttt...



taraaaaa......
Yang dirai...

Nur Aina Marissa bin Mohamad Suhaime
We lebiu aina marrissa...

Wednesday, October 1, 2014

Resepi : Roti Jimat

Jom buat roti pulak... buat roti dengan cara dan bahan yang paling mudah.
Almaklum laa... barang makin mahal kan?? kena berjimat...
Semua benda kena buat sendiri baru la betul-betul berjimat...

Bahan-bahan :
3sdt Garam
Setengah cawan gula
3cwn air suam
4sdb minyak sayur (minyak lain pun boleh je... asalkan berminyak)
3sdb yis kering
Tepung Gandum secukupnya (agak-agak sampai tepung tak melekat kat tangan masa menguli)

Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, masukkan air suam, yis kering, garam, gula dan minyak.
2. Kacau sebati dan masukkan tepung sampai tak melekit
3. Rehatkan doh dalam setengah jam.
4. Uli dan bentukkan roti ikut suka
5. Masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit (tengok-tengok sikit kalau roti atas dia dah perang kecoklatan maknanya da masak la roti awok2 semua tu... heheheh )

Okey... Selamat Mencuba ualllssssss.....

Tuesday, September 30, 2014

Mee Bandung Udang Galah live in Kulai, Johor

Hari jumaat hari tu pergi makan sarapan dekat kedai..
Malas masak dan ditambah pulak takde apa-apa yang boleh dimasak..
hehehhehe.. alasannn sgt tauu...
Cik abang half day pulak hari jumaat tu sebab dia penat... so masuk petang je..
sesuka dia je ek?? hahhahaha..

Mee Bandung Udang Galah

Amacam??? tertarik??
Mee bandung, udang nya 6 ekor harganya... RM12.00

Okey laa... boleh laa... Layan jugak laa...





Nama kedai dia... Kedai Mohd Kahar...
kalau yang dah biasa jalan kulai kedai nie dekat deretan kedai makan MPKU yang banyak-banyak tu...
Lepas trafic light Nasi Lemak Wak Kentut..
Kedai no berapa tak ingat, tengok je la satu-satu kedai yang namanya MOHD KAHAR.
Banyak lagi menu lain yang sedap-sedap.. sebab memang dia masak sedap..

SELAMAT MENCUBA UALLSSSS!!!


Singgang Johor



Orang Johor,,, orang johor!!! siapa orang johor angkat tangan..
hehhehehe..

Saya memang orang Johor sejati.. ceehhh.. sebab mak dan encik memang dua-dua asal Johor.
So kita share la resepi orang Johor kan?? Baru la betul-betul sejati...

Bahan-bahan:
Ikan selar kuning (ikut korang nak makan ikan apa, ikan kembung sedap.. ikan parang lagiii sedap)
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 inci kunyit
2 batang serai (diketuk)
Daun kunyit (optional.. nak letak boleh tak letak pun ok je.. sedap jugak)
Asam jawa atau asam keping
4 batang kacang bendir

Cara-cara :
1. Blendkan semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak... then tumiskan semua bahan-bahan yang dah diblend, masukkan sekali serai yang diketuk tadi. Tumiskan sampai naik bau.. bau wangi bawang-bawang..
3. Masukkan air.. agak-agak smpai ikan tenggelam. Tunggu sampai menggelegak airnya baru masukkan ikan sebab ikan cepat lembut kalo masukkn awal sangat nanti ikan akan hancur...
4. Masukkan sekali asam jawa, biar lebih sikit sebab singgang memang masakan nya masam-masam.. baru la syokkk makan dengan sambal belacan.. kan??
5. Masukkan pulak bendir dan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam.. balance kan dengan rasa masam asam jawa.


Siappp.. tutup api, sedia untuk dihidangkann.... bertambah-tambah sedap kalau makan dengan ikan goreng dan sambal belacan.. perghhh.. nikmattt!!! hehhehe ... lauk nie antara salah satu favourite suami den selain asam pedas dan sotong goreng tepung..
senang kan??? siapa cakap masak susah?? hehhehehe...
belajar yang senang-sennag dlu yerkkk.. baru la da terror sikit belajar yang susah macam beriani tu...

Basically, singgang Johor nie lebih kurang je macam singgang ganu cuma yang bezanya singgang ganu tak letak kunyit so warnanya macam pucat gitu... tapi rasanya diaorg tak guna bawang putih kot.. kan??

So.. apa lagi...
Selamat mencuba semua!!!!

Saturday, September 27, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalammualaikum...
Dan salam sejahtera...

Hari nie nak bagi resepi ketam masak lemak cili padi.. resepi yang mudah dan cepat...

Bahan2..
*5biji bwang kecil
*3biji bwang putih
*7biji lada cili(kalo tak suka pedas boleh kurangkn sbb i likeeeee msakan pedas... ) 😄😄😄
*1 inci halia
*2 inci kunyit hidup (pastikn kunyit tua... bru la colournya marvelousss!!! )
2 @ 3 batang serai ( di ketuk)
Sebijik kelapa (untuk diambil santannya, nk guna santan kotak pn bole cuma tak berapa mengaummm la rsanyaa.. hehehe )
Secubit Garam
3 keping asam jawa @ sesudu asam jawa extra(adabi)
Separuh biji nenas (kalo boleh yg da masak sikit dan jangan masak sgt)
3@4 ekor ketam

Cara2...

1. Blend semua bahan yang ditandakn *
2. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
3. Setelah minyak panas, masukkn bahan2 yang dah di blend td. Masukkn juga serai yang telah diketuk. Jangan dilupa nenas separuh yg telah dipotong-potong. Nenas kne masukkn awal untuk dia empuk. Tumis sehingga garing lepas tu boleh masukkn air. Air jangan banyak sgt sebab nti nak masukkn santan.
4. Masukkan ketam yang telah dibasuh. Tunggu sehingga air mengelegak dan ketam masak.
5. Masukkan santan, asam keping dan akhir sekali perasakan dengan garam. pastikan balance rasa garam dan asam.

Daaaann... siap... tutup api dannn hidangkannn...
Taraaa....





#Ialls tak letak gula or perasa tambahan... sebab memag tak biasa guna..
sooooo.. selamat mencuba uallss...

Tuesday, September 23, 2014

SAWANGGGG!!!!

Assalammualaikum...
dan salam sejahtera...

Bersawang abis da blog aku nie rupanyaa... hahhahaha.. last update 2012 kooooo...
gila tak bersawang, 2 tahun tak berusik blog nie rupanya...

banyak benda nak cite...
tungguuuu...
kbai...